Monday, October 19, 2015

INFO: GEMPA BUMI LANDA RANAU, SABAH


KUALA LUMPUR:  Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam tadi dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia pada Isnin, gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Tuesday, October 13, 2015

SOSMA: KETUA UMNO PENAMPANG DAKWA MUHYIDDIN DAN SHAFIE BERDOLAK DALIK


KOTA KINABALU:  Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.


Datuk John Ambrose, yang mengetuai UMNO bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.

"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan SOSMA terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.

Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.

"Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang," beliau dipetik sebagai berkata. - BERNAMA

Saturday, October 10, 2015

POLIS BERI JAMINAN KESELAMATAN RAKYAT DI SABAH TERKAWAL : KHALID


PETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pengawasan yang teliti di sekitar perairan Sabah, susulan insiden penculikan dua rakyat Malaysia di Sandakan pada 14 Mei lalu.


Sehubungan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan keselamatan rakyat di Sabah adalah terkawal.

Katanya polis juga sehingga kini masih berusaha menjejaki kedua-dua mangsa yang diculik itu.

"Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa dan rakyat Sabah bahawa polis sedang lakukan yang terbaik demi keselamatan mereka. Polis telah menghantar pasukan untuk berunding dengan pihak di Filipina bagi membebaskan kedua-dua mangsa yang ditawan penculik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Boling Sukan Empat Penjuru (Sukep) di sini pada Sabtu.

Pada 14 Mei lalu seorang wanita Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki Bernard Then Ted Fen, 39, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan kira-kira 7.45 malam.

Kedua-duanya kini dipercayai berada di kawasan pedalaman selatan Filipina yang bersempadan dengan Sabah.

Sementara itu, Khalid berkata PDRM akan membantu Polis Thailand mengesan suspek utama insiden pengeboman di Bangkok, yang mungkin berada di Malaysia.

Pada 17 Ogos lepas, serangan bom berhampiran Kuil Erawan di ibu negara Thailand itu mengorbankan 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia dan mengakibatkan 130 orang lagi cedera.

Pada 28 Sept lepas, polis Thailand telah mengumumkan secara rasmi identiti lelaki yang disyaki bertanggungjawab dalam serangan bom berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pihak berkuasa mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu berkata pihaknya akan melihat semua kaedah operasi yang dijalankan.

"Kita akan kaji balik kenapa terlepas masa pencarian awal tetapi saya sudah beritahu pada mula lagi yang kita tak pernah menghentikan usaha mencari mereka," katanya.

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Dua daripada mereka ditemui selamat semalam, iaitu Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.

Tiga yang masih belum ditemui adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8, dan Haikal Yaakob, 8.
- BERNAMA

Wednesday, October 7, 2015

INI BARU CERITA 'NGAM'!!!!


Ndak payah dengar cerita karut dan dusta.. inilah cerita dan fakta sebenar sekiranya TPPA dimeterai kelak!!!!

INILAH HAKIKATNYA ANTARA TENTANG TTPA

Kekadang apabila kita tak mengetahui fakta sebenar dan kemudiannya dimomikkan cerita auta. Ketakutan yang kronik sudah pasti melanda. Walhal ianya tidak sedikitpun menzalimi diri kita jika kita jelas dan mengetahui hakikat sebenar.

INFO: PERINTAH BERKURUNG DI ESSZONE DILANJUT HINGGA 24 OKT


KOTA KINABALU:  Fasa ke-28 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjut mulai esok hingga 24 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


Ia berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.

Ia meliputi perairan Pulau Gulisan, Tanjung Bidadari, Pulau Tambisan, Silam, Tungku, Pulau Adal, Alice Reef, Timbun Mata, Kalumpang, Batuan Unarang, Pelabuhan (Tawau), Wallace Bay, Jambongan, Timur Jambongan, Barat Daya Pulau Lihinan, Pulau Pundaras, Torongohok, Pura-Pura dan Kuala Sugut.

Jalaluddin berkata perintah berkurung dilanjutkan berikutan masih terdapat ancaman daripada kumpulan penculikan dan pihak yang mahu menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, di samping ia bagi menjamin keselamatan penduduk di ESSZone. - BERNAMA

PENCAPAIAN MALAYSIA SEPANJANG DITERAJUI OLEH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDULRAZAK


KEMISIKINAN TIDAK SEHARUSNYA HANYA DINILAI MENERUSI PENDAPATAN BULANAN


KUALA LUMPUR:  Kemiskinan mempunyai pelbagai dimensi dan tidak hanya dinilai menerusi pendapatan bulanan yang diperolehi sesebuah keluarga.


Pengerusi Yayasan Sejahtera, Tan Sri Faizah Mohd Tahir berkata yayasan ini membantu kerajaan mengurangkan kemiskinan terutama miskin tegar di Malaysia untuk keluar daripada garisan kemiskinan.

"Sebenarnya, kita nak tingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu kemiskinan yang masih ada bersama kita ini. Kalau boleh kita nak dapat kerjasama bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga NGO-NGO dan individu untuk sama-sama menghayati dan menolong mereka yang miskin terutama miskin tegar agar dapat keluar daripada kemiskinan itu.

"We are creating awareness all over," katanya dalam Agenda AWANI pada Rabu.

Selain itu, Yayasan Sejahtera turut membantu usaha kerajaan dalam mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah serta memperbaiki infrastruktur asas luar bandar.

Menurut beliau, Yayasan Sejahtera bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah program kelolaan United Nations Development Program (UNDP) Malaysia dalam mengenal pasti kelompok sasaran ini dan memfokuskan kepada membasmi kemiskinan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Tahun ini, Yayasan Sejahtera menganjurkan seminar "International Day for the Eradication of Poverty 2015", IDEP 2015 dengan kerjasama UNDP di Menara Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2015 bagi memberi pengiktirafan terhadap mereka yang menjadi mangsa kemiskinan tegar, keganasan dan kelaparan di seluruh dunia..

Seminar ini membawa tema Membina masa depan yang mampan: Bersama-sama membasmi kemiskinan dan diskriminasi dengan kesedaran bahawa terdapat usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang sedang dijalankan oleh badan-badan NGO dan kerajaan.

Beliau turut menyeru agar syarikat-syarikat korporat menyumbang memberi dana kepada kelompok yang memerlukan ini.

Sehingga September 2015, Yayasan Sejahtera telah membantu 8,441 keluarga di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. - ASTRO AWANI

PORTAL BERITA ANTARABANGSA BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG DIMALAYSIA BERNIAT JAHAT CUBA MENJATUHKAN PM DS NAJIB DAN KERAJAAN


INFO: SABAH SASAR 300,000 PELANCONG CHINA TAHUN INI


KOTA KINABALU:  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah pelancong China ke Sabah tahun ini, dijangka sama seperti tahun lepas kira-kira 300,000 orang.


Masidi berkata negara ini akan terus menyaksikan ketibaan pelancong China ke Malaysia selepas tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Mac tahun lepas.

"Jumlah ini (ketibaan pelancong China ke Sabah) jauh berbeza berbanding 2013. "Tetapi dengan pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China sekarang di KK (Kota Kinabalu) saya pasti kami boleh bekerjasama meningkatkan bilangan pelancong China untuk kembali ke Sabah pada tahun-tahun berikutnya," katanya.

Teks ucapan Masidi dibacakan Timbalannya Datuk Pang Yuk Min pada majlis perasmian tayangan khas sembilan filem dari China anjuran pejabat Konsulat Jeneral China di Sekolah Menengah Rendah Kian Kok bermula semalam hingga 27 Sept.

Filem yang bukan bertujuan meraih keuntungan itu bagi meningkatkan pertukaran budaya antara China dan Malaysia serta memperkenalkan budaya tradisional China dan pembangunan kontemporari negara Tembok Besar China itu.

Masidi berkata hubungan Malaysia-China semakin kukuh setiap tahun sejak hubungan diplomatik dijalin 41 tahun yang lepas.

Beliau berharap filem itu dapat menyalurkan wawasan pembangunan China sejak berdekad yang lalu dan memberi pemahaman yang lebih baik mengenai rakyat China dan kerajaan akan bekerja keras untuk menarik mereka ke Sabah.

"Saya percaya pengetahuan mengenai budaya tradisional China dan perkembangan terkini negara itu akan memupuk persahabatan antara rakyat kedua-dua negara," katanya.

Konsul Jeneral China Chen Pei Jie berkata tayangan filem itu memberi peluang untuk berkongsi pakaian tradisi rakyat China, sejarah dan kemanusiaan dan mengukuhkan lagi persahabatan antara China dan Negeri di Bawah Bayu.

Beliau berkata ketika Ranau dilanda gempa bumi pada 5 Jun lepas, Konsulat Jeneral China di KK menyumbangkan RM50,000 untuk bantuan bencana alam itu.

Tambah beliau dengan semangat kebersamaan dan saling memahami China berharap untuk membina masa depan lebih baik dengan Malaysia. - BERNAMA

JIKA INILAH KEBENARANNYA

JANGAN MELATAH ; TPPA BELUM DIPUTUSKAN LAGI


TAK PERLULAH melatah dengan pelbagai cerita yang belum sahih. sepatutnya perkara seperti ini, lebih elok diikuti sepenuhnya, jangan sekadar baca sekerat terus melenting.  apapun, LADY yakin, kerajaan terutama sekali ahli parlimen akan bertindak bijak dalam membincangkan perkara TPPA ini sebelum memberi kata putus untuk tindakan seterusnya